Selamat datang ke blog Had Ubahsuai Rumah!
Blog ini dibina khas untuk berkongsi maklumat tentang had anjakan bangunan yang dibenarkan bagi tambahan rumah & ubahsuai rumah di kawasan Shah Alam dibawah pentadbiran MBSA. Dalam blog ini dipaparkan tips, artikel & video tentang had tambahan ubahsuai rumah kepada pemilik yang ingin mengubahsuai rumah teres, rumah semidi, rumah banglo dan sebagainya. Semua maklumat yang dikongsi dalam blog ini adalah merupakan pengalaman penulis (Izwan Mohd Salleh @ IMOS) sebagai perunding rekabentuk ubahsuai rumah yang sentiasa berurusan dengan MBSA sejak tahun 1999 hingga sekarang. Penulis boleh dihubungi di SINI & hasil kerja penulis boleh dilihat di SINI.

VISUAL 3D HASIL KERJA SAYA

Had Tambahan Ubahsuai Rumah Teres End-lot Lorong Tepi 10' di Shah Alam




Assalamualaikum & salam sejahtera! Paparan Video di atas menunjukkan had anjakan bangunan yang dibenarkan oleh MBSA kepada tambahan ubahsuai rumah teres jenis end-lot yang ada lorong selebar 10' di tepi di kawasan Shah Alam. Jika anda adalah pemilik umah endlot jenis ini, panduan dalam video ini boleh menjadi rujukan anda dalam mengenalpasti had ubahsuai yang dibenarkan dalam merancang rekabentuk ubahsuai bahagian tepi rumah anda di masa akan datang.

Had Anjakan Bangunan bagi Tambahan Ubahsuai Rumah Teres End-lot Lorong Tepi 10' di Shah Alam adalah seperti berikut;-

1. Tambahan hadapan ;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar jika menambah ruang living/bilik depan
- Tinggalkan jarak 10'antara tiang baru ke pagar depan jika menambah porch baru

2. Tambahan bahagian tepi ;
- Tinggalkan jarak 10'antara dinding baru ke pagar tepi jika menambah ruang living/bilik/dining tepi
- Tinggalkan jarak 10'antara tiang baru ke pagar tepi jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)

3. Tambahan belakang;- Boleh ditambah ruang dapur/bilik hingga ke pagar belakang dengan syarat bumbung dihujung pagar tidak melebihi batas pagar & hujung bumbung dibuat concrete gutter untuk saliran air dari bumbung.

Saya harap penjelasan ringkas di atas dalam video & artikel ini akan membantu para pemilik rumah jenis endlot di Shah Alam dalam membuat keputusan sebelum mengubahsuai rumah anda. Anda boleh berbincang dengan akitek/perunding bagi menyesuaikan rekabentuk ubahsuai rumah dengan had tambahan yang dibenarkan MBSA. Jumpa lagi dalam artikel baru di masa depan & selamat mengubahsuai rumah anda.