Selamat datang ke blog Had Ubahsuai Rumah!
Blog ini dibina khas untuk berkongsi maklumat tentang had anjakan bangunan yang dibenarkan bagi tambahan rumah & ubahsuai rumah di kawasan Shah Alam dibawah pentadbiran MBSA. Dalam blog ini dipaparkan tips, artikel & video tentang had tambahan ubahsuai rumah kepada pemilik yang ingin mengubahsuai rumah teres, rumah semidi, rumah banglo dan sebagainya. Semua maklumat yang dikongsi dalam blog ini adalah merupakan pengalaman penulis (Izwan Mohd Salleh @ IMOS) sebagai perunding rekabentuk ubahsuai rumah yang sentiasa berurusan dengan MBSA sejak tahun 1999 hingga sekarang. Penulis boleh dihubungi di SINI & hasil kerja penulis boleh dilihat di SINI.

VISUAL 3D HASIL KERJA SAYA

Had Tambahan Ubahsuai Rumah Teres 1 tingkat kepada 2 tingkat Lot Tepi




Assalamualaikum & salam sejahtera! Jika anda ingin mengubahsuai rumah teres 1 tingkat menjadi 2 tingkat di Shah Alam, paparan Video di atas menunjukkan had anjakan bangunan yang dibenarkan oleh MBSA kepada tambahan ubahsuai rumah 1 tingkat lot tepi di Shah Alam. Had ubahsuai dalam video ini boleh menjadi rujukan anda dalam mengenalpasti jarak tambahan rumah yang dibenarkan dalam merancang rekabentuk ubahsuai rumah 1 tingkat kepada 2 tingkat di masa akan datang.

Had Anjakan Bangunan bagi Tambahan Ubahsuai Rumah Teres 1 tingkat kepada 2 tingkat Lot Tepi di Shah Alam adalah seperti berikut;-

1. Tambahan hadapan ;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar jika menambah ruang living/bilik depan
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar jika menambah porch baru

2. Tambahan bahagian tepi ;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar tepi jika menambah ruang living/bilik/dining tepi
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar tepi jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)

3. Tambahan bahagian atas tingkat 1 ;
- paras biasa bagi lantai baru hingga siling atas adalah 10' atau 12'
- paras ketinggian maksima bumbung baru adalah 30' dari aras tanah

Saya harap agar penjelasan ringkas di atas dalam video & artikel ini akan membantu para pemilik rumah setingkat di Shah Alam dalam membuat keputusan sebelum mengubahsuai rumah 1 tingkat menjadi 2 tingkat. Anda perlu berbincang dengan akitek/perunding bagi mendapatkan rekabentuk ubahsuai rumah yang sesuai dengan had tambahan yang dibenarkan MBSA. Jumpa lagi dalam artikel baru di masa depan & selamat mengubahsuai rumah anda.


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA