Selamat datang ke blog Had Ubahsuai Rumah!
Blog ini dibina khas untuk berkongsi maklumat tentang had anjakan bangunan yang dibenarkan bagi tambahan rumah & ubahsuai rumah di kawasan Shah Alam dibawah pentadbiran MBSA. Dalam blog ini dipaparkan tips, artikel & video tentang had tambahan ubahsuai rumah kepada pemilik yang ingin mengubahsuai rumah teres, rumah semidi, rumah banglo dan sebagainya. Semua maklumat yang dikongsi dalam blog ini adalah merupakan pengalaman penulis (Izwan Mohd Salleh @ IMOS) sebagai perunding rekabentuk ubahsuai rumah yang sentiasa berurusan dengan MBSA sejak tahun 1999 hingga sekarang. Penulis boleh dihubungi di SINI & hasil kerja penulis boleh dilihat di SINI.

VISUAL 3D HASIL KERJA SAYA

Had Anjakan Bangunan Bagi Tambahan Ubahsuai Rumah Teres Lot Tepi @ Corner-lot



Assalamualaikum & salam sejahtera! Jika anda ingin mengubahsuai rumah teres 1 tingkat @ 2 tingkat jenis lot tepi @ corner lot di Shah Alam, maka video di atas dapat membantu anda menyemak had anjakan bangunan yang dibenarkan oleh MBSA bagi tambahan rumah di bahagian depan, tepi dan belakang.

Had anjakan bangunan bagi tambahan ubahsuai rumah teres lot tepi adalah seperti berikut;-

1. Tambahan hadapan;
- tinggalkan 20' jarak antara dinding baru hingga ke pagar jika membuat tambahan bilik/living area
- tinggalkan 10' jarak antara tiang baru hingga ke pagar jika membina porch baru

2. Tambahan tepi;
- tinggalkan 20' jarak antara dinding baru hingga ke pagar tepi jika membuat tambahan living/dining/kitchen/bilik
- tinggalkan 10' jarak antara tiang baru hingga ke pagar tepi jika membina ruang teres baru

3. Tambahan belakang;
Bahagian belakang boleh ditambah hingga ke pagar dengan syarat bumbung tidak melebihi pagar dan saluran air kepada bumbung dibina dari jenis konkrit (concrete gutter)

Saya harap penjelasan ringkas ini akan membantu para pemilik rumah di Shah Alam yang ingin mengubahsuai rumah teres lot tepi. Jumpa lagi dalam artikel baru di masa depan & selamat mengubahsuai rumah anda.