Assalamualaikum & salam sejahtera!
Paparan Video di atas menunjukkan Kebenaran Tambahan Ubahsuai Rumah Banglo 2 Tingkat Melebihi Had Anjakan MBSA yang ada tanah kosong tepi & belakang selebar 10' di kawasan Shah Alam.
Jika anda adalah pemilik rumah banglo 2 tingkat, panduan dalam video ini boleh menjadi rujukan anda jika ingin membuat tambahan rumah banglo melebihi had anjakan di masa akan datang.
Kebenaran Kebenaran Tambahan Ubahsuai Rumah Banglo 2 Tingkat Melebihi Had Anjakan MBSA adalah seperti berikut;-
WARNA MERAH - TAMBAHAN NORMAL YANG DIBENARKAN DALAM HAD ANJAKAN MBSA
WARNA BIRU - TAMBAHAN MELEBIHI HAD ANJAKAN & DIBENARKAN DENGAN SYARAT BAYAR DENDA MBSA
DENDA UBAHSUAI RUMAH BANGLO MELEBIHI HAD ANJAKAN;
a. Denda tambahan tingkat bawah melebihi had anjakan - RM1400
b. Denda tambahan tingkat atas melebihi had anjakan - RM1200
1. Tambahan hadapan tingkat bawah ;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar depan jika menambah ruang living/bilik depan
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar depan jika menambah porch baru
2. Tambahan hadapan tingkat atas;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar depan jika menambah ruang bilik depan
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar depan jika menambah balkoni baru. Tambahan balkoni dikenakan denda RM1200 kerana melebihi anjakan 20'
- Balkoni tidak boleh ditutup dengan kaca atau dinding & perlu dibiarkan terbuka
3. Tambahan bahagian tepi bahagian kiri & kanan jika ada tanah selebar 10';
- Had tambahan tepi melebihi anjakan 10' dibenarkan sehingga 5' sahaja & perlu tinggalkan jarak tanah kosong 5' antara tiang baru dan pagar tepi yang berkongsi dengan jiran.
- Tambahan tepi tingkat bawah hanya dibenarkan bina tiang & teres terbuka sahaja tanpa dinding.
- Tambahan tepi tingkat atas hanya dibenarkan bina tiang & balkoni terbuka sahaja tanpa dinding.
- Tambahan tepi tingkat bawah & atas melebihi anjakan 10' dikenakan denda oleh MBSA.
- denda tambahan tepi tingkat bawah; RM1400, denda tambahan tepi tingkat atas ialah RM1200
4. Tambahan belakang jika ada tanah selebar 10';
- Had tambahan belakang melebihi anjakan 10' dibenarkan sehingga 5' sahaja & perlu tinggalkan jarak tanah kosong 5' antara tiang baru dan pagar belakang.
- Tambahan belakang tingkat bawah hanya dibenarkan bina tiang & teres terbuka sahaja tanpa dinding.
- Tambahan belakang tingkat atas hanya dibenarkan bina tiang & balkoni terbuka sahaja tanpa dinding.
- Tambahan belakang tingkat bawah & atas melebihi anjakan 10' dikenakan denda oleh MBSA.
Saya harap penjelasan ringkas di atas dalam video & artikel ini akan membantu para pemilik rumah banglo 2 tingkat di Shah Alam dalam membuat keputusan sebelum mengubahsuai rumah anda. Anda boleh berbincang dengan akitek/perunding bagi menyesuaikan rekabentuk ubahsuai rumah dengan had tambahan yang dibenarkan MBSA. Jumpa lagi dalam artikel baru di masa depan & selamat mengubahsuai rumah anda.
Rujukan yang disyorkan, klik link dibawah;
KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA