Assalamualaikum & salam sejahtera!
Paparan Video di atas menunjukkan Kebenaran Tambahan Ubahsuai Rumah Kluster Berkembar 2 Tingkat Lot Tengah Melebihi Had Anjakan MBSA yang ada tanah kosong tepi selebar 10' di kawasan Shah Alam.
Jika anda adalah pemilik rumah kluster berkembar jenis lot tengah, panduan dalam video ini boleh menjadi rujukan anda jika ingin membuat tambahan rumah kluster berkembar melebihi had anjakan di masa akan datang.
Kebenaran Tambahan Ubahsuai Rumah Kluster Berkembar 2 Tingkat Melebihi Had Anjakan MBSA adalah seperti berikut;-
WARNA MERAH - TAMBAHAN NORMAL YANG DIBENARKAN DALAM HAD ANJAKAN MBSA
WARNA BIRU - TAMBAHAN MELEBIHI HAD ANJAKAN & DIBENARKAN DENGAN SYARAT BAYAR DENDA MBSA
DENDA UBAHSUAI RUMAH MELEBIHI HAD ANJAKAN;
a. Denda tambahan tingkat bawah melebihi had anjakan - RM1400
b. Denda tambahan tingkat atas melebihi had anjakan - RM1200
1. Tambahan hadapan tingkat bawah ;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar depan jika menambah ruang living/bilik depan
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar depan jika menambah porch baru
2. Tambahan hadapan tingkat atas;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar depan jika menambah ruang bilik depan
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar depan jika menambah balkoni baru. Tambahan balkoni dikenakan denda RM1200 kerana melebihi anjakan 20'
- Balkoni tidak boleh ditutup dengan kaca atau dinding & perlu dibiarkan terbuka
- Had tambahan tepi melebihi anjakan 10' dibenarkan sehingga 5' sahaja & perlu tinggalkan jarak tanah kosong 5' antara tiang baru dan pagar tepi yang berkongsi dengan jiran.
- Tambahan tepi tingkat bawah hanya dibenarkan bina tiang & teres terbuka sahaja tanpa dinding.
- Tambahan tepi tingkat atas hanya dibenarkan bina tiang & balkoni terbuka sahaja tanpa dinding.
- Tambahan tepi tingkat bawah & atas melebihi anjakan 10' dikenakan denda oleh MBSA.
- denda tambahan tepi tingkat bawah; RM1400, denda tambahan tepi tingkat atas ialah RM1200
- Tambahan belakang tingkat bawah & atas di dalam had anjakan 10 kaki boleh ditambah ke belakang sehingga pagar & dinding yang dikongsi rumah jiran belakang.
Saya harap penjelasan ringkas di atas dalam video & artikel ini akan membantu para pemilik rumah kluster berkembar di Shah Alam dalam membuat keputusan sebelum mengubahsuai rumah anda. Anda boleh berbincang dengan akitek/perunding bagi menyesuaikan rekabentuk ubahsuai rumah dengan had tambahan yang dibenarkan MBSA. Jumpa lagi dalam artikel baru di masa depan & selamat mengubahsuai rumah anda.
Rujukan yang disyorkan, klik link dibawah;
KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA