Selamat datang ke blog Had Ubahsuai Rumah!
Blog ini dibina khas untuk berkongsi maklumat tentang had anjakan bangunan yang dibenarkan bagi tambahan rumah & ubahsuai rumah di kawasan Shah Alam dibawah pentadbiran MBSA. Dalam blog ini dipaparkan tips, artikel & video tentang had tambahan ubahsuai rumah kepada pemilik yang ingin mengubahsuai rumah teres, rumah semidi, rumah banglo dan sebagainya. Semua maklumat yang dikongsi dalam blog ini adalah merupakan pengalaman penulis (Izwan Mohd Salleh @ IMOS) sebagai perunding rekabentuk ubahsuai rumah yang sentiasa berurusan dengan MBSA sejak tahun 1999 hingga sekarang. Penulis boleh dihubungi di SINI & hasil kerja penulis boleh dilihat di SINI.

VISUAL 3D HASIL KERJA SAYA

Kebenaran Tambahan Ubahsuai Rumah Teres 2 Tingkat Lot-Tepi Melebihi Had Anjakan MBSA di Shah Alam

 

Assalamualaikum & salam sejahtera! Paparan Video di atas menunjukkan Kebenaran Tambahan Ubahsuai Rumah Teres 2 Tingkat Lot-Tepi Melebihi Had Anjakan MBSA di Shah Alam kepada rumah teres 2 tingkat jenis lot-tepi atau corner-lot yang ada tanah kosong tepi selebar 20' di kawasan Shah Alam. 

Jika anda adalah pemilik rumah lot tepi jenis ini, panduan dalam video ini boleh menjadi rujukan anda jika ingin membuat tambahan rumah bahagian tepi melebihi had anjakan di masa akan datang.

Kebenaran Tambahan Ubahsuai Rumah Teres 2 Tingkat Lot-Tepi Melebihi Had Anjakan MBSA di Shah Alam adalah seperti berikut;-

WARNA MERAH - TAMBAHAN NORMAL YANG DIBENARKAN DALAM HAD ANJAKAN MBSA

WARNA BIRU - TAMBAHAN MELEBIHI HAD ANJAKAN & DIBENARKAN DENGAN SYARAT BAYAR DENDA MBSA


DENDA UBAHSUAI RUMAH MELEBIHI HAD ANJAKAN;

a. Denda tambahan tingkat bawah melebihi had anjakan - RM1400

b. Denda tambahan tingkat atas melebihi had anjakan - RM1200


1. Tambahan hadapan tingkat bawah ;

- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar jika menambah ruang living/bilik depan

- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar depan jika menambah porch baru


2. Tambahan hadapan tingkat atas;

- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar jika menambah ruang bilik depan

- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar depan jika menambah balkoni baru. Tambahan balkoni dikenakan denda RM1200 kerana melebihi anjakan 20'

- Balkoni tidak boleh ditutup dengan kaca atau dinding & perlu dibiarkan terbuka


3. Tambahan bahagian tepi ;

- Had tambahan tepi melebihi anjakan 20' dibenarkan sehingga 10' sahaja & perlu tinggalkan jarak tanah kosong 10' antara dinding baru dan pagar

- Tambahan tepi tingkat bawah & atas melebihi anjakan 20' dikenakan denda oleh MBSA.

- denda tambahan tepi bawah; RM1400, denda tambahan tepi tingkat atas ialah RM1200


4. Tambahan belakang;

- Boleh ditambah ruang dapur/bilik bawah+atas hingga ke pagar belakang dengan syarat bumbung dihujung pagar tidak melebihi batas pagar & hujung bumbung dibuat concrete gutter untuk saliran air dari bumbung.


Saya harap penjelasan ringkas di atas dalam video & artikel ini akan membantu para pemilik rumah jenis lot tepi di Shah Alam dalam membuat keputusan sebelum mengubahsuai rumah anda. Anda boleh berbincang dengan akitek/perunding bagi menyesuaikan rekabentuk ubahsuai rumah dengan had tambahan yang dibenarkan MBSA. Jumpa lagi dalam artikel baru di masa depan & selamat mengubahsuai rumah anda.


Rujukan yang disyorkan, klik link dibawah;

https://www.mbsa.gov.my/ms-my/mbsa/perkhidmatan/pelanpembangunan/Documents/GP%20TP%20-%20UDDATED%2010.7.21%20(3).pdf

 

KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA