Assalamualaikum & salam sejahtera! Video di atas menunjukkan had anjakan bangunan yang dibenarkan oleh MBSA kepada tambahan ubahsuai rumah berkembar @ rumah semidi (middle-lot) di Shah Alam. Jika anda adalah pemilik rumah berkembar 2 tingkat @ 1 tingkat, panduan ini boleh menjadi rujukan anda dalam merancang rekabentuk ubahsuai rumah anda di masa akan datang.
Had Anjakan Bangunan bagi Ubahsuai Rumah berkembar @ Rumah semidi adalah seperti berikut;-
1. Tambahan hadapan ;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar jika menambah ruang living/bilik depan
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar jika menambah porch baru
2. Tambahan tepi ;
- Tinggalkan jarak 10' antara dinding baru ke pagar jiran tepi jika menambah ruang living/bilik/dining tepi
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar tepi jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)
3. Tambahan belakang;
- Tinggalkan jarak 10' antara dinding baru ke pagar belakang jika menambah ruang dapur/bilik belakang
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar belakang jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)
Saya harap penjelasan ringkas dalam video & artikel ini akan membantu para pemilik rumah semidi di Shah Alam dalam membuat keputusan untuk mengubahsuai rumah mengikut garispanduan yang dibenarkan. Jumpa lagi dalam artikel baru di masa depan & selamat mengubahsuai rumah anda.
KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA