Selamat datang ke blog Had Ubahsuai Rumah!
Blog ini dibina khas untuk berkongsi maklumat tentang had anjakan bangunan yang dibenarkan bagi tambahan rumah & ubahsuai rumah di kawasan Shah Alam dibawah pentadbiran MBSA. Dalam blog ini dipaparkan tips, artikel & video tentang had tambahan ubahsuai rumah kepada pemilik yang ingin mengubahsuai rumah teres, rumah semidi, rumah banglo dan sebagainya. Semua maklumat yang dikongsi dalam blog ini adalah merupakan pengalaman penulis (Izwan Mohd Salleh @ IMOS) sebagai perunding rekabentuk ubahsuai rumah yang sentiasa berurusan dengan MBSA sejak tahun 1999 hingga sekarang. Penulis boleh dihubungi di SINI & hasil kerja penulis boleh dilihat di SINI.

VISUAL 3D HASIL KERJA SAYA

Had Tambahan Ubahsuai Rumah Teres End-lot Lorong Tepi 10' di Shah Alam




Assalamualaikum & salam sejahtera! Paparan Video di atas menunjukkan had anjakan bangunan yang dibenarkan oleh MBSA kepada tambahan ubahsuai rumah teres jenis end-lot yang ada lorong selebar 10' di tepi di kawasan Shah Alam. Jika anda adalah pemilik umah endlot jenis ini, panduan dalam video ini boleh menjadi rujukan anda dalam mengenalpasti had ubahsuai yang dibenarkan dalam merancang rekabentuk ubahsuai bahagian tepi rumah anda di masa akan datang.

Had Anjakan Bangunan bagi Tambahan Ubahsuai Rumah Teres End-lot Lorong Tepi 10' di Shah Alam adalah seperti berikut;-

1. Tambahan hadapan ;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar jika menambah ruang living/bilik depan
- Tinggalkan jarak 10'antara tiang baru ke pagar depan jika menambah porch baru

2. Tambahan bahagian tepi ;
- Tinggalkan jarak 10'antara dinding baru ke pagar tepi jika menambah ruang living/bilik/dining tepi
- Tinggalkan jarak 10'antara tiang baru ke pagar tepi jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)

3. Tambahan belakang;- Boleh ditambah ruang dapur/bilik hingga ke pagar belakang dengan syarat bumbung dihujung pagar tidak melebihi batas pagar & hujung bumbung dibuat concrete gutter untuk saliran air dari bumbung.

Saya harap penjelasan ringkas di atas dalam video & artikel ini akan membantu para pemilik rumah jenis endlot di Shah Alam dalam membuat keputusan sebelum mengubahsuai rumah anda. Anda boleh berbincang dengan akitek/perunding bagi menyesuaikan rekabentuk ubahsuai rumah dengan had tambahan yang dibenarkan MBSA. Jumpa lagi dalam artikel baru di masa depan & selamat mengubahsuai rumah anda.



Had Anjakan bagi Tambahan Ubahsuai Rumah Banglo lot tepi di Shah Alam




Assalamualaikum & salam sejahtera!
Paparan Video di atas menunjukkan had anjakan bangunan yang dibenarkan oleh MBSA kepada tambahan ubahsuai rumah banglo lot tepi (corner-lot) di Shah Alam. Jika anda adalah pemilik rumah banglo 2 tingkat @ 1 tingkat, panduan dalam video ini boleh menjadi rujukan anda dalam mengenalpasti had ubahsuai rumah yang dibenarkan dalam merancang rekabentuk ubahsuai banglo anda di masa akan datang.

Had Anjakan Bangunan bagi Tambahan Ubahsuai Rumah Banglo lot tepi di Shah Alam adalah seperti berikut;-

1. Tambahan hadapan ;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar jika menambah ruang living/bilik depan
- Tinggalkan jarak 20' antara tiang baru ke pagar jika menambah porch baru

2. Tambahan sisi kanan ;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar tepi jika menambah ruang living/bilik/dining tepi
- Tinggalkan jarak 20' antara tiang baru ke pagar tepi jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)

3. Tambahan sisi kiri ;
- Tinggalkan jarak 10' antara dinding baru ke pagar jiran tepi jika menambah ruang living/bilik/dining tepi
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar tepi jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)

4. Tambahan belakang;
- Tinggalkan jarak 10' antara dinding baru ke pagar belakang jika menambah ruang dapur/bilik belakang
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar belakang jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)

Saya harap penjelasan ringkas di atas dalam video & artikel ini akan membantu para pemilik rumah banglo di Shah Alam dalam membuat keputusan sebelum mengubahsuai banglo anda. Anda boleh berbincang dengan akitek/perunding bagi menyesuaikan rekabentuk ubahsuai rumah banglo dengan had tambahan yang dibenarkan MBSA. Jumpa lagi dalam artikel baru di masa depan & selamat mengubahsuai rumah anda.


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

Had Tambahan Ubahsuai Rumah Teres 1 tingkat kepada 2 tingkat Lot Tengah




Assalamualaikum & salam sejahtera! Paparan Video di atas menunjukkan had anjakan bangunan yang dibenarkan oleh MBSA kepada tambahan ubahsuai rumah teres lot tengah dari 1 tingkat menjadi 2 tingkat di Shah Alam. Had ubahsuai dalam video ini boleh menjadi rujukan anda dalam mengenalpasti syarat tambahan rumah yang dibenarkan dalam merancang rekabentuk ubahsuai rumah 1 tingkat kepada 2 tingkat di masa akan hadapan.

Had Anjakan Bangunan bagi Tambahan Ubahsuai Rumah Teres 1 tingkat kepada 2 tingkat lot tengah di Shah Alam adalah seperti berikut;-

1. Tambahan hadapan ;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar jika menambah ruang living/bilik depan
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar jika menambah porch baru

2. Tambahan bahagian atas tingkat 1 ;
- paras biasa bagi lantai baru hingga siling atas adalah 10' atau 12'
- paras ketinggian maksima bumbung baru adalah 30' dari aras tanah

Saya harap agar penjelasan ringkas di atas dalam video & artikel ini akan membantu para pemilik rumah teres setingkat lot tengah di Shah Alam dalam membuat keputusan sebelum mengubahsuai rumah 1 tingkat menjadi 2 tingkat. Anda perlu melantik akitek/perunding bagi membuat rekabentuk & menyediakan pelan ubahsuai rumah dengan had tambahan yang dibenarkan MBSA. Jumpa lagi dalam artikel baru di masa depan & selamat mengubahsuai rumah anda.

KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

Had Tambahan Ubahsuai Rumah Teres 1 tingkat kepada 2 tingkat Lot Tepi




Assalamualaikum & salam sejahtera! Jika anda ingin mengubahsuai rumah teres 1 tingkat menjadi 2 tingkat di Shah Alam, paparan Video di atas menunjukkan had anjakan bangunan yang dibenarkan oleh MBSA kepada tambahan ubahsuai rumah 1 tingkat lot tepi di Shah Alam. Had ubahsuai dalam video ini boleh menjadi rujukan anda dalam mengenalpasti jarak tambahan rumah yang dibenarkan dalam merancang rekabentuk ubahsuai rumah 1 tingkat kepada 2 tingkat di masa akan datang.

Had Anjakan Bangunan bagi Tambahan Ubahsuai Rumah Teres 1 tingkat kepada 2 tingkat Lot Tepi di Shah Alam adalah seperti berikut;-

1. Tambahan hadapan ;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar jika menambah ruang living/bilik depan
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar jika menambah porch baru

2. Tambahan bahagian tepi ;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar tepi jika menambah ruang living/bilik/dining tepi
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar tepi jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)

3. Tambahan bahagian atas tingkat 1 ;
- paras biasa bagi lantai baru hingga siling atas adalah 10' atau 12'
- paras ketinggian maksima bumbung baru adalah 30' dari aras tanah

Saya harap agar penjelasan ringkas di atas dalam video & artikel ini akan membantu para pemilik rumah setingkat di Shah Alam dalam membuat keputusan sebelum mengubahsuai rumah 1 tingkat menjadi 2 tingkat. Anda perlu berbincang dengan akitek/perunding bagi mendapatkan rekabentuk ubahsuai rumah yang sesuai dengan had tambahan yang dibenarkan MBSA. Jumpa lagi dalam artikel baru di masa depan & selamat mengubahsuai rumah anda.


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

Had Tambahan Ubahsuai Rumah Berkembar Semidi-kluster di Shah Alam



Assalamualaikum & salam sejahtera! Rumah jenis semidi-kluster adalah bersambung dibahagian tepi & bahagian belakang rumah tiada tanah kosong kerana bersambung dengan rumah jiran belakang. Jika anda ingin mengubahsuai rumah berkembar jenis kluster @ semidi-kluster di Shah Alam, paparan Video di atas menunjukkan had anjakan bangunan yang dibenarkan oleh MBSA kepada tambahan ubahsuai rumah semidi-kluster (middle-lot) di Shah Alam. Had ubahsuai dalam video ini boleh menjadi rujukan anda dalam mengenalpasti jarak tambahan rumah yang dibenarkan dalam merancang rekabentuk ubahsuai rumah anda di masa akan datang.

Had Anjakan Bangunan bagi Tambahan Ubahsuai Rumah Berkembar Semidi-kluster di Shah Alam adalah seperti berikut;-

1. Tambahan hadapan ;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar jika menambah ruang living/bilik depan
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar jika menambah porch baru

2. Tambahan bahagian tepi ;
- Tinggalkan jarak 10' antara dinding baru ke pagar jiran tepi jika menambah ruang living/bilik/dining tepi
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar tepi jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)

Saya harap agar penjelasan ringkas di atas dalam video & artikel ini akan membantu para pemilik rumah semidi-kluster di Shah Alam dalam membuat keputusan sebelum mengubahsuai rumah anda. Anda boleh berbincang dengan akitek/perunding bagi menyesuaikan rekabentuk ubahsuai rumah dengan had tambahan yang dibenarkan MBSA. Jumpa lagi dalam artikel baru di masa depan & selamat mengubahsuai rumah anda.


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

Had Anjakan Bangunan bagi Tambahan Ubahsuai Rumah Banglo di Shah Alam




Assalamualaikum & salam sejahtera! Paparan Video di atas menunjukkan had anjakan bangunan yang dibenarkan oleh MBSA kepada tambahan ubahsuai rumah banglo (middle-lot) di Shah Alam. Jika anda adalah pemilik rumah banglo 2 tingkat @ 1 tingkat, panduan dalam video ini boleh menjadi rujukan anda dalam mengenalpasti had ubahsuai yang dibenarkan dalam merancang rekabentuk ubahsuai banglo anda di masa akan datang.

Had Anjakan Bangunan bagi Tambahan Ubahsuai Rumah Banglo di Shah Alam adalah seperti berikut;-

1. Tambahan hadapan ;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar jika menambah ruang living/bilik depan
- Tinggalkan jarak 20' antara tiang baru ke pagar jika menambah porch baru

2. Tambahan sisi kanan ;
- Tinggalkan jarak 10' antara dinding baru ke pagar jiran tepi jika menambah ruang living/bilik/dining tepi
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar tepi jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)

3. Tambahan sisi kiri ;
- Tinggalkan jarak 10' antara dinding baru ke pagar jiran tepi jika menambah ruang living/bilik/dining tepi
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar tepi jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)

4. Tambahan belakang;
- Tinggalkan jarak 10' antara dinding baru ke pagar belakang jika menambah ruang dapur/bilik belakang
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar belakang jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)

Saya harap penjelasan ringkas di atas dalam video & artikel ini akan membantu para pemilik rumah banglo di Shah Alam dalam membuat keputusan sebelum mengubahsuai rumah anda. Anda boleh berbincang dengan akitek/perunding bagi menyesuaikan rekabentuk ubahsuai rumah dengan had tambahan yang dibenarkan MBSA. Jumpa lagi dalam artikel baru di masa depan & selamat mengubahsuai rumah anda.


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

Had Anjakan Bangunan bagi Tambahan Ubahsuai Rumah Berkembar @ Rumah semidi




Assalamualaikum & salam sejahtera! Video di atas menunjukkan had anjakan bangunan yang dibenarkan oleh MBSA kepada tambahan ubahsuai rumah berkembar @ rumah semidi (middle-lot) di Shah Alam. Jika anda adalah pemilik rumah berkembar 2 tingkat @ 1 tingkat, panduan ini boleh menjadi rujukan anda dalam merancang rekabentuk ubahsuai rumah anda di masa akan datang.

Had Anjakan Bangunan bagi Ubahsuai Rumah berkembar @ Rumah semidi adalah seperti berikut;-

1. Tambahan hadapan ;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar jika menambah ruang living/bilik depan
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar jika menambah porch baru

2. Tambahan tepi ;
- Tinggalkan jarak 10' antara dinding baru ke pagar jiran tepi jika menambah ruang living/bilik/dining tepi
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar tepi jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)

3. Tambahan belakang;
- Tinggalkan jarak 10' antara dinding baru ke pagar belakang jika menambah ruang dapur/bilik belakang
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar belakang jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)

Saya harap penjelasan ringkas dalam video & artikel ini akan membantu para pemilik rumah semidi di Shah Alam dalam membuat keputusan untuk mengubahsuai rumah mengikut garispanduan yang dibenarkan. Jumpa lagi dalam artikel baru di masa depan & selamat mengubahsuai rumah anda.


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

Had Anjakan Tambahan Ubahsuai Rumah Teres Jenis End-lot




Assalamualaikum & salam sejahtera! Video di atas menunjukkan had anjakan bangunan yang dibenarkan oleh MBSA kepada tambahan ubahsuai rumah teres jenis end-lot (middle-lot) di Shah Alam. Jika anda pemilik rumah teres end-lot 2 tingkat @ 1 tingkat, panduan ini sesuai untuk rujukan anda dalam merancang ubahsuai rumah anda di masa depan.

Had Anjakan Bangunan bagi Ubahsuai Rumah Teres Jenis End-lot adalah seperti berikut;-

1. Tambahan hadapan ;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar jika menambah ruang living/bilik depan
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar jika menambah porch baru

2. Tambahan tepi ;
- Tinggalkan jarak 10' antara dinding baru ke pagar jiran tepi jika menambah ruang living/bilik/dining tepi
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar tepi jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)

3. Tambahan belakang; 
Bahagian belakang boleh ditambah hingga ke pagar dengan syarat bumbung tidak melebihi pagar dan saluran air kepada bumbung dibina dari jenis konkrit (concrete gutter).  

Saya harap penjelasan ringkas di atas akan membantu para pemilik rumah di Shah Alam yang ingin mengubahsuai rumah teres jenis end-lot. Jumpa lagi dalam artikel baru di masa depan & selamat mengubahsuai rumah anda.


Had Anjakan Bangunan Bagi Tambahan Ubahsuai Rumah Teres Lot Tepi @ Corner-lot



Assalamualaikum & salam sejahtera! Jika anda ingin mengubahsuai rumah teres 1 tingkat @ 2 tingkat jenis lot tepi @ corner lot di Shah Alam, maka video di atas dapat membantu anda menyemak had anjakan bangunan yang dibenarkan oleh MBSA bagi tambahan rumah di bahagian depan, tepi dan belakang.

Had anjakan bangunan bagi tambahan ubahsuai rumah teres lot tepi adalah seperti berikut;-

1. Tambahan hadapan;
- tinggalkan 20' jarak antara dinding baru hingga ke pagar jika membuat tambahan bilik/living area
- tinggalkan 10' jarak antara tiang baru hingga ke pagar jika membina porch baru

2. Tambahan tepi;
- tinggalkan 20' jarak antara dinding baru hingga ke pagar tepi jika membuat tambahan living/dining/kitchen/bilik
- tinggalkan 10' jarak antara tiang baru hingga ke pagar tepi jika membina ruang teres baru

3. Tambahan belakang;
Bahagian belakang boleh ditambah hingga ke pagar dengan syarat bumbung tidak melebihi pagar dan saluran air kepada bumbung dibina dari jenis konkrit (concrete gutter)

Saya harap penjelasan ringkas ini akan membantu para pemilik rumah di Shah Alam yang ingin mengubahsuai rumah teres lot tepi. Jumpa lagi dalam artikel baru di masa depan & selamat mengubahsuai rumah anda.