Selamat datang ke blog Had Ubahsuai Rumah!
Blog ini dibina khas untuk berkongsi maklumat tentang had anjakan bangunan yang dibenarkan bagi tambahan rumah & ubahsuai rumah di kawasan Shah Alam dibawah pentadbiran MBSA. Dalam blog ini dipaparkan tips, artikel & video tentang had tambahan ubahsuai rumah kepada pemilik yang ingin mengubahsuai rumah teres, rumah semidi, rumah banglo dan sebagainya. Semua maklumat yang dikongsi dalam blog ini adalah merupakan pengalaman penulis (Izwan Mohd Salleh @ IMOS) sebagai perunding rekabentuk ubahsuai rumah yang sentiasa berurusan dengan MBSA sejak tahun 1999 hingga sekarang. Penulis boleh dihubungi di SINI & hasil kerja penulis boleh dilihat di SINI.

VISUAL 3D HASIL KERJA SAYA

Had Anjakan Tambahan Ubahsuai Rumah Teres Jenis End-lot




Assalamualaikum & salam sejahtera! Video di atas menunjukkan had anjakan bangunan yang dibenarkan oleh MBSA kepada tambahan ubahsuai rumah teres jenis end-lot (middle-lot) di Shah Alam. Jika anda pemilik rumah teres end-lot 2 tingkat @ 1 tingkat, panduan ini sesuai untuk rujukan anda dalam merancang ubahsuai rumah anda di masa depan.

Had Anjakan Bangunan bagi Ubahsuai Rumah Teres Jenis End-lot adalah seperti berikut;-

1. Tambahan hadapan ;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar jika menambah ruang living/bilik depan
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar jika menambah porch baru

2. Tambahan tepi ;
- Tinggalkan jarak 10' antara dinding baru ke pagar jiran tepi jika menambah ruang living/bilik/dining tepi
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar tepi jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)

3. Tambahan belakang; 
Bahagian belakang boleh ditambah hingga ke pagar dengan syarat bumbung tidak melebihi pagar dan saluran air kepada bumbung dibina dari jenis konkrit (concrete gutter).  

Saya harap penjelasan ringkas di atas akan membantu para pemilik rumah di Shah Alam yang ingin mengubahsuai rumah teres jenis end-lot. Jumpa lagi dalam artikel baru di masa depan & selamat mengubahsuai rumah anda.