Assalamualaikum & salam sejahtera! Paparan Video di atas menunjukkan had anjakan bangunan yang dibenarkan oleh MBSA kepada tambahan ubahsuai rumah banglo (middle-lot) di Shah Alam. Jika anda adalah pemilik rumah banglo 2 tingkat @ 1 tingkat, panduan dalam video ini boleh menjadi rujukan anda dalam mengenalpasti had ubahsuai yang dibenarkan dalam merancang rekabentuk ubahsuai banglo anda di masa akan datang.
Had Anjakan Bangunan bagi Tambahan Ubahsuai Rumah Banglo di Shah Alam adalah seperti berikut;-
1. Tambahan hadapan ;
- Tinggalkan jarak 20' antara dinding baru ke pagar jika menambah ruang living/bilik depan
- Tinggalkan jarak 20' antara tiang baru ke pagar jika menambah porch baru
2. Tambahan sisi kanan ;
- Tinggalkan jarak 10' antara dinding baru ke pagar jiran tepi jika menambah ruang living/bilik/dining tepi
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar tepi jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)
3. Tambahan sisi kiri ;
- Tinggalkan jarak 10' antara dinding baru ke pagar jiran tepi jika menambah ruang living/bilik/dining tepi
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar tepi jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)
4. Tambahan belakang;
- Tinggalkan jarak 10' antara dinding baru ke pagar belakang jika menambah ruang dapur/bilik belakang
- Tinggalkan jarak 10' antara tiang baru ke pagar belakang jika menambah ruang teres baru (tiang+bumbung sahaja)
Saya harap penjelasan ringkas di atas dalam video & artikel ini akan membantu para pemilik rumah banglo di Shah Alam dalam membuat keputusan sebelum mengubahsuai rumah anda. Anda boleh berbincang dengan akitek/perunding bagi menyesuaikan rekabentuk ubahsuai rumah dengan had tambahan yang dibenarkan MBSA. Jumpa lagi dalam artikel baru di masa depan & selamat mengubahsuai rumah anda.
KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA